Thursday, August 16, 2007

Fakta atau Auta

Tahukah anda.

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang
bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku........ .....CAYALAH!
!!!!!!

No comments: