Wednesday, October 10, 2007

Lawak la tu (Malay)

Pak Pandir dan Wartawan

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila
wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni Pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni... Aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh
pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada
tanam pokok rambutan kat sini..Aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya
kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan? Tanya wartawan.... dengan batang ubi
kayu, jawab Pak Pandir.

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar
borong di pekan. Apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang
ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air,
Kasi lemas ikan tu. Sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

Pak Pandir Dan Polis

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu
takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang
pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu
dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun
melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil
menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk
di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut
yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan
hitam.
Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu
bertanya..
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda
pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja
pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku
merogol seekor burung kakatua. Jadi sekarang ini aku keliru...
jangan-jangan kamu adalah anakku."

Ehwan dgn 100 ekor ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk
anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak
Romee...perasan pulak yg nama di rome Lelaki kaya: "Saya ingin memesan
100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."
Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk
menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi
dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil
memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam
tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi
diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan.
Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana
melihat si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan ... ? Kepalanya tak
sakit kan ?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke
mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

Kenapa Kamu Di Sini

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah " Cuba sebutkan
individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa
perjanjian itu ditandatangani? "
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk
dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak
tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"